Ahad, 23 Ogos 2015

ALAM RIA PASTI KELANTAN 2015

Pasti As-Syakirin telah menghantar tiga wakil penyertaan dalam program tahunan PASTI Negeri Kelantan yang diadakan di Pusat Latihan PASTI Kedai Buloh, Jalan PCB, Kota Bharu, Kelantan.

Dalam acara azan, ianya telah dimenangi oleh adik Anas dari PASTI ini dan akan mewakili Kelantan ke Alam Ria PASTI Malaysia di Port Dickson Negeri Sembilan pada 29 - 30 Ogos 2015. Acara lain yang turut disertai Pasti As-Syakirin ialah Kalam Jamael dan Nasyid tetapi tidak bernasib baik untuk menang. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang memberi kerjsama dan terima kasih juga kepada tenaga pengajar PASTI yang tidak pernah kenal erti jemu....Ikuti di bawah ini sedutan video dan foto pada hari kejadian.....













Juara azan bersama bapa tersayang yang turut memberi sokongan sepanjang program berlangsung.















Khamis, 5 Mac 2015

 Aktiviti PAsti Asyakirin Sepanjang Awal Tahun 2015.
Antara nya: Majlis Penyerahan Uniform PASTI Percuma, Program Pemeriksaan Gigi & sapu ubat dan  latihan sukan di PASTI Nurul Mardhiyah, Berangan Mek Nab, 

















Khamis, 20 November 2014

ALAM RIA & PENYAMPAIAN SIJIL

Alam Ria dan Penyampaian Sijil PASTI As-Syakirin telah berlangsung pada 24 Muharram 1436H / 17 Nov 2014 (Isnin)  yang lalu di Dewan PASTI As-Syakirin. Program yang disertai oleh ibu bapa dan penjaga serta penduduk setempat diserikan dengan kehadiran Jawatankuasa PASTI As-Syakirin dan pimpinan PASTI Kawasan.

Pelbagai kategori hadiah disediakan, antaranya, Hadiah Pelajar Cemerlanng, Penabung Terbanyak, Kehadiran Terbaik, Yuran Terawal dan Belajar Di PASTI Tiga tahun berturut-turut.

Majlis Alam Ria di rasmikan oleh YBhg. Sdr Mohd Tajuddin bin Mokhtar, AJK PASTI Kawasan yang mewakili YB Ustaz Mohd Roseli Ismail (ADUN Kemuning).







Kulit Buku Cenderamata Alam Ria 2014




Isnin, 1 September 2014

ALAM RIA PERINGKAT NEGERI

Alam Ria Peringkat negeri telah berlangsung pada 22hb Ogos 2014 yang lalu di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu. Program dipenuhi pelbagai acara yang menarik yang diisi oleh persembahan kanak-kanak PASTI.
Pasti Kawasan Machang telah mendapat tempat pertama dalam acara Bercerita Lelaki yang dimenangi oleh adik Muhamad Zafri Amirul.



ALAM RIA KAWASAN



Pasti As-Syakirin Kampung Pek menyertai pertandingan Alam Ria peringkat kawasan di Markas Dewan Ulama (MADU),

Adik Maisarah Fuad Fasyni mendapat tempat Ketiga dalam pertandingan Hafazan di
Alam Ria peringkat Kawasan yangberlangsung di MADU, pada 14-08-2014 yang lalu.