Jumaat, 1 Februari 2013

Majlis Alam Ria PASTI As-Syakirin 2012.

(Kenangan 2012) Pasti As-Syakirin telah mengadakan Majlis Alam Ria PASTI As-Syakirin pada 29/10/2012 yang lalu sebagai acara penutup pelajar PASTI. Pelbagai acara diadakan sepanjang program berlangsung. Antaranya Persembahan Murid PASTI, Ceramah motivasi, dan cabutan bertuah.

 
















.






Bermula Hari Ini Di Alam Siber

ASSALAMUALAIKUM. SELAMAT BERTEMU UNTUK PERTAMA KALI DALAM DUNIA BLOG. Pasti As-Syakirin cawangan Pasti Kg Pek, Machang, Kelantan telah memulakan langkah baru pada 1 Februari 2013 (Jumaat) ini dengan menyertai dunia blog. Ini sebagai langkah awal untuk bersaing dalam dunia siber. Kami juga boleh diikuti menerusi laman Facebook.

Tujuan penubuhan blog atau website ini adalah untuk memaparkan berita-berita PASTI As-Syakirin untuk tatapan semua pelajar atau bekas pelajar PASTI As-Syakirin dan juga pembaca blog. Di samping itu, penubuhan blog ini juga untuk memberi maklumat dan info berkenaan dunia Pendidikan PASTI - Melahirkan Generasi Al-Quran serta berkongsi idea dengan pembaca sekelian.

Blog PASTI AS-ASYAKIRIN dikelolakan di bawah satu Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh Mohd Razali Md Din dan dibantu oleh guru-guru PASTI  As-Syakirin iaitu Pn. Rosliza Shaari, Tuan Khasiah Tuan Cob dan Azlina Abdul Wahab.

Blog ini akan memaparkan berita-berita semasa PASTI dan berita pilihan berdasarkan kepentingan tertentu yang memberi kebaikan.

Semoga kami Berjaya!! InsyaAllah.