Ahad, 14 Ogos 2016

ALAM RIA PASTI KAWASAN MACHANG

 ALAM RIA PASTI KAWASAN MACHANG sekali lagi diadakan pada 10 Zulkaedah 1437H = 13 Ogos 2016 bertempat di Sekolah Menengah Agama Arab Ahmadiah Banggol Judah, Machang yang disertai 17 PASTI Kawasan Machang termasuk Pasti As-Syakirin.

Program dirasmikan oleh YB Zulkifli Mamat dan turut dihadiri Ustaz Roseli, YB DUN Kemuning, Ybhg. Tuan Azham Hj Yahya, Penyelia Parlimen Machang, Ybhg. En Mohamad Khairul Che Khalid, Pengerusi PASTI Kawasan Machang dan Ust Razuan Awang Hamad (Ketua DPP Kawasan Machang) serta pimpinan-pimpinan.
Pelbagai acara diadakan seperti pertandingan nasyid, bercerita, bersajak dan sebagainya.

PASTI As-Syakirin telah memenangi acara berikut:
Bercerita Perempuan
Adik Wan Nur Maizatul Hannan bt.Mazlelee
(Johan)

Sajak Perempuan
Adik Aisyah Aira bt.Kamarul Sazamir.
(Johan)
Nasyid Asma Ul Husna.
(Tempat 3)
Kategori 4tahun.
Muhammad Alif Ziqry b.M.Hamdan - (Johan)-fesyen bersukan
Hadif Hafizi (Johan)-fesyen pejabat.
Noor EzaraElisya Yusri (Tempat ketiga) - fesyen pejabat.
Zikrullah Lukmanul Hakim(Tempat Ketiga)Fesyen Islamik Terkini

Adik Wan Nur Maizatul Hannan.& Adik Aisyah Aira akan mewakili Machang ke peringkat negeri September nanti.















Selasa, 19 Julai 2016

MAJLIS HARI RAYA BERSAMA PELAJAR

MAJLIS HARI RAYA BERSAMA PELAJAR

Tarikh: 14 Syawal 1437H / 19/7/2016
Hari :Selasa
Tempat: PASTI AS-Syakirin
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Hari Raya Bersama Pelajar. Terima kasih kepada semua yang hadir terutama YB Ust Roseli Adun Kemuning. Tidak lupa kepada pimpinan PASTI Kawasan dan Cawangan yang turut sama memeriahkan majlis.
menu utama 
🌹🍛nasi minyak🌹
Mehun goreng,
Roti jala, nasi himpit kuah kacang,
Nasi lemak,
Mee hailam,
Sup cendawan,
Ketupat, lemang,
Puding,kek , biskut,agar2.

Terima kasih tdak terhingga kepada semua ibu/bapa yg menyumbangkan menu untuk juadah kita bersama, juga tidak lupa terima kasih kepada semua AJK PASTI As-Syakirin dann AJK JIBG (Jemaah Ibu bapa dan guru).

Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sesungguhnya program ini telah berjaya menjana ikatan ukhwah yang erat dan penuh kasih sayang kerana Allah.

















Ahad, 15 November 2015

ALAM RIA PASTI CAWANGAN KG PEK - AS-SYAKIRIN

 Majlis Alam Ria Pasti Cawangan Kg Pek, Machang, Kelantan (PASTI As-Syakirin) telah diadakan pada 2 Safar 1437H / 14 November 2015 (Sabtu) di Perkarangan PASTI As-Syakirin. Program akhir tahun ini bertujuan memberi anugerah dan penghargaan kepada pelajar PASTI yang berjaya dan cemerlang serta ibu bapa yang komitmen dengan pembelajaran PASTI.

Majlis ini berlangsung bermula jam 8.30 pagi dengan santapan minda iaitu bacaan alquran oleh adik Naili dan diikuti seterusnya ucapan Pengerusi PASTI -Ust. HJ. Ibrahim Mamat dan ucapan Wakil PASTI Kawasan.

Kemudian, tetamu disajikan dengan persembahan oleh pelajar PASTI seperti Kalam Jamaii dan nasyid. 

YB DUN Kemuning, Ust. Mohd Roseli Ismail telah merasmikan majlis selepas menyaksikan persembahan yang menarik oleh anak-anak PASTI As-Syakirin. Yang Berhormat DUN Kemuning kemudiannya menyampaikan anugerah dan penghargaan kepada pelajar yang terpilih.

Majlis berakhir jam 1 tengahari.