Ahad, 15 November 2015

ALAM RIA PASTI CAWANGAN KG PEK - AS-SYAKIRIN

 Majlis Alam Ria Pasti Cawangan Kg Pek, Machang, Kelantan (PASTI As-Syakirin) telah diadakan pada 2 Safar 1437H / 14 November 2015 (Sabtu) di Perkarangan PASTI As-Syakirin. Program akhir tahun ini bertujuan memberi anugerah dan penghargaan kepada pelajar PASTI yang berjaya dan cemerlang serta ibu bapa yang komitmen dengan pembelajaran PASTI.

Majlis ini berlangsung bermula jam 8.30 pagi dengan santapan minda iaitu bacaan alquran oleh adik Naili dan diikuti seterusnya ucapan Pengerusi PASTI -Ust. HJ. Ibrahim Mamat dan ucapan Wakil PASTI Kawasan.

Kemudian, tetamu disajikan dengan persembahan oleh pelajar PASTI seperti Kalam Jamaii dan nasyid. 

YB DUN Kemuning, Ust. Mohd Roseli Ismail telah merasmikan majlis selepas menyaksikan persembahan yang menarik oleh anak-anak PASTI As-Syakirin. Yang Berhormat DUN Kemuning kemudiannya menyampaikan anugerah dan penghargaan kepada pelajar yang terpilih.

Majlis berakhir jam 1 tengahari.