Ahad, 23 Ogos 2015

ALAM RIA PASTI KELANTAN 2015

Pasti As-Syakirin telah menghantar tiga wakil penyertaan dalam program tahunan PASTI Negeri Kelantan yang diadakan di Pusat Latihan PASTI Kedai Buloh, Jalan PCB, Kota Bharu, Kelantan.

Dalam acara azan, ianya telah dimenangi oleh adik Anas dari PASTI ini dan akan mewakili Kelantan ke Alam Ria PASTI Malaysia di Port Dickson Negeri Sembilan pada 29 - 30 Ogos 2015. Acara lain yang turut disertai Pasti As-Syakirin ialah Kalam Jamael dan Nasyid tetapi tidak bernasib baik untuk menang. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang memberi kerjsama dan terima kasih juga kepada tenaga pengajar PASTI yang tidak pernah kenal erti jemu....Ikuti di bawah ini sedutan video dan foto pada hari kejadian.....













Juara azan bersama bapa tersayang yang turut memberi sokongan sepanjang program berlangsung.