Ahad, 14 Ogos 2016

ALAM RIA PASTI KAWASAN MACHANG

 ALAM RIA PASTI KAWASAN MACHANG sekali lagi diadakan pada 10 Zulkaedah 1437H = 13 Ogos 2016 bertempat di Sekolah Menengah Agama Arab Ahmadiah Banggol Judah, Machang yang disertai 17 PASTI Kawasan Machang termasuk Pasti As-Syakirin.

Program dirasmikan oleh YB Zulkifli Mamat dan turut dihadiri Ustaz Roseli, YB DUN Kemuning, Ybhg. Tuan Azham Hj Yahya, Penyelia Parlimen Machang, Ybhg. En Mohamad Khairul Che Khalid, Pengerusi PASTI Kawasan Machang dan Ust Razuan Awang Hamad (Ketua DPP Kawasan Machang) serta pimpinan-pimpinan.
Pelbagai acara diadakan seperti pertandingan nasyid, bercerita, bersajak dan sebagainya.

PASTI As-Syakirin telah memenangi acara berikut:
Bercerita Perempuan
Adik Wan Nur Maizatul Hannan bt.Mazlelee
(Johan)

Sajak Perempuan
Adik Aisyah Aira bt.Kamarul Sazamir.
(Johan)
Nasyid Asma Ul Husna.
(Tempat 3)
Kategori 4tahun.
Muhammad Alif Ziqry b.M.Hamdan - (Johan)-fesyen bersukan
Hadif Hafizi (Johan)-fesyen pejabat.
Noor EzaraElisya Yusri (Tempat ketiga) - fesyen pejabat.
Zikrullah Lukmanul Hakim(Tempat Ketiga)Fesyen Islamik Terkini

Adik Wan Nur Maizatul Hannan.& Adik Aisyah Aira akan mewakili Machang ke peringkat negeri September nanti.