Alam Ria dan Penyampaian Sijil PASTI As-Syakirin telah berlangsung pada 24 Muharram 1436H / 17 Nov 2014 (Isnin) yang lalu di Dewan PASTI As-Syakirin. Program yang disertai oleh ibu bapa dan penjaga serta penduduk setempat diserikan dengan kehadiran Jawatankuasa PASTI As-Syakirin dan pimpinan PASTI Kawasan.
Pelbagai kategori hadiah disediakan, antaranya, Hadiah Pelajar Cemerlanng, Penabung Terbanyak, Kehadiran Terbaik, Yuran Terawal dan Belajar Di PASTI Tiga tahun berturut-turut.
Majlis Alam Ria di rasmikan oleh YBhg. Sdr Mohd Tajuddin bin Mokhtar, AJK PASTI Kawasan yang mewakili YB Ustaz Mohd Roseli Ismail (ADUN Kemuning).